INFAQ & WAKAF UNTUK DANA PEMBANGUNAN KOMPLEKS PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH ISLAM MITHALI AQRAB & TAHFIZ DI JEJAWI PERLIS
Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara:
Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
-----------------------------------------------------------------------------------------
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Latar Belakang
Sekolah Rendah Islam Mithali Aqrab telah di tubuhkan pada tahun 2014 terletak di Lot 1502 Jalan Tembusu Taman Jejawi 02600 Arau Perlis . Bilangan pelajar sekolah rendah pada masa ini 157 (2021) dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 25 orang dan semakin bertambah pada tahun 2022
Projek pembinaan Kompleks Pendidikan Sekolah Rendah Islam dan Tahfiz bagi fasa pertama dan kedua dengan anggaran kos belanja RM2.5 juta.
Kos ini meliputi perbelanjaan:
1. Pembinaan kompleks pendidikan
2. Pengubahsuaian bangunan
3. Pembelian set kerusi dan meja pelajar
4. Pembelian peralatan mengajar , surau dan makmal
5. Latihan pembangunan guru
Sekolah yang kami tubuhkan sejak 7 tahun lepas mula mendapat permintaan tinggi kemasukkan berkemungkinan kerana timbul kesedaran dari ibu-bapa terhadap tarbiyyah kendiri anak-anak, oleh kerana sekolah yang kami tubuhkan berkonsepkan kebajikan yang mengambil yuran yang minima makanya kami amatlah berharap kepada dermawan budiman untuk membeli saham akhirat dengan menyumbang untuk tujuan pembangunan kompleks pendidikan yang lebih selesa untuk pelajar
Semoga Allah limpahkan rezeki yang diberkati & dirahmati olehNya kepada kita semua. Dan semoga segala sumbangan anda ini dapat dijadikan pemberat amalan di akhirat nanti. Amin Ya Rabb..
~ IN SHA ALLAH UNTUNG DI DUNIA, BAHAGIA DI AKHIRAT ~